Selamat Berbuka Puasa



Majlis Berbuka Puasa MDKL bersama Media & Anak-anak Yatim
Date : 24 Ogos 2010
Time : 5.00 - 9.00 pm
Venue : Golden Palm Tree, Sepang Gold Coast


Landskap sepanjang laluan utama

Meja santapan


Bersiar-siar di Golden Palm Tree menikmati panorama indah di waktu malam selepas majlis berbuka puasa.



viva : sangat cantik...x terasa seperti berada di Bagan Lalang, Sepang...hehe

Qada' & Qadar


___________________________________________________________________

Mungkinkan terputus di tengah jalan

Mungkinkan terlerai tanpa ikatan

Usah ragu dengan takdir

Mungkin kitakan berbeza haluan

Berakhirnya cerita percintaan
__________________________________________________________________________

Sebak bila teringat kisah petang ramadhan ke4...
Ya Allah....Berikanlah kami kekuatan untuk menempuh dugaan ini...Sabarkanlah kami dalam memberi kekuatan semangat kepada mereka....Tabahkanlah hati kami, Cekalkanlah hati kami....
Kami Redha dengan ketentuan Mu....Kami harap kebahagiaan kembali mekar dalam kehidupan keluarga kami yang tercinta....

beezz : trauma + fobia . . . ?

RAMADHAN ALMUBARAK


Alhamdulillah jumpa semula di bulan Ramadhan tahun ini....Semoga dapat dilalui dengan penuh ketenangan & penuh barakah tanpa sebarang gangguan halus yang boleh melunturkan semangat di bulan ini....

beezz : Salam Keberkatan Ramadhan

AYAM


Hehehe...tengok tajuk pun aku gelak sendiri...hehehe...ni la ayam2 peliharaan mak aku...mak aku sedih anak-anak ayam baru nak membesar, dah hilang, dah kene makan dgn biawak la, kene sambar helang la.....kali ni, mak aku pungut telur2 ayam, eramkan sendiri...hahaha bukan le mak aku eramkan macam mak ayam tu....ade le caranye sendiri...& inilah hasil eraman telur2 ayam tersebut....comel kan...bising je hari2...hari-hari anak2 buah aku wajib buat lawatan ke kotak ni...hahaha

beezz : anak ayam @ chick @ Baccā @ Xiǎo jī @ byeong-ali @ Hiyoko

Salam dihulur maaf dipinta...



Semalam aku murah rezeki tapi x tau la nak kata murah ke x...
ade kawan aku nak belanja GCB McD tu...sedap wo....lagi2 klu ade org belanja...tapi kekangan aku sediakan maklumat ISO seperti yang bos aku mintak, aku x dpt hadir ke tempat kejadian...so sad....cian kawan aku tu, beria-ia nak belanja aku, tapi aku x dpt dtg...sedih aku....mesti die kecik hati kan...
dah majuk dah dengan aku skang ni... :'(

viva : ralat aku bila ada kawan aku kecik hati dengan aku... :'(

Vacation


Dah lama rasenye x holiday dengan kawan2....lagi pun sejak menjak Cik Wiwi & Cik Sazzy sedang giat membuat persiapan untuk perkahwinan mereka...pasni lagi x boleh nak ajak diorang holiday berjibam beronggeng bersama2... :'(

Semalam bergayut dengan Cik Wiwi..Cik Wiwi pun ada ajak g holiday sebelum die kawin..tapi bile lagi masa yg sesuai...dah pack...wuuuu...cian Cik Wiwi....xpe Cik Wiwi, nanti u dah kawin, u ajak suami u kemana saja yang u nak pegi k....i support u dari belakang....hehehe :)

sakura : hmmmm....holiday kemana yg best?

Melur Bunga IVY


Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini.
Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.
Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.
Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya?
Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida?

___________________________________________________________________________

Melur Bunga IVY mengisahkan tentang Khalida yang disisih keluarga dan didendami oleh ayah sendiri dek kerana menukar agama Kristian ke agama Islam yang suci & murni...Telah berkahwin dengan seorang pemuda yang begitu menyayanginya dan membimbingnya ke jalan yang diredhai...namun bahagia cuma seketika...kebahagiaannya diragut akibat kemalangan yang menyebabkan kematian suami tersayang...ayahnya seorang tokoh korporat yang sgt terkenal lagi disanjungi yang membuat onar, yang memporak-perandakan kehidupan Khalida...Khalida pulang ke Malaysia dengan bantuan ibu saudara & sepupunya yang sangat memahami dirinya..di Malaysia, dia menetap di Johor Bahru kerana tidak mahu mendekati keluarganya sendiri selain dari mahu mencari keluarga suaminya yang tidak pernah ditemui sepanjang perkahwinan mereka....
Bermula kisah di mana Azam (abang suaminya) mulai jatuh cinta & sangsi dengan agama Khalida...kerana dia menganggap yang Khalida sudah murtad semula....masa die jatuh cinta pun, die belum tahu yang Khalida ni balu kepada adiknya yang meninggal dunia akibat kemalangan di luar negara...namun pertemuan demi pertemuan yang sengaja & tidak sengaja yang membuatkan mereka rapat & akhirnya Azam tahu siapa Khalida sebenarnya...
Maka konflik pun berlaku yang mana Khalida sangsi samada Azam benar2 mencintai nya atau sekadar sayang kerana simpati dengan nasibnya...namun Azam tahu isi hatinya yang sebenar yang begitu menyayangi Khalida dan benar2 mahu mengahwini Khalida...
Selain konflik perasaan antara mereka berdua, konflik juga antara bapa Khalida dan Khalida...bapa Khalida dah dpt jejak Khalida, so die nak hancurkan lagi hidup Khalida...bapanya x dpt terima hakikat yang Khalida memeluk agama Islam & berkahwin tanpa restunya....Khalida cabar bapanya kerana bapanya juga berkahwin dengan ibu Khalida dgn cara membawa lari & memurtadkan ibu Khalida...nak dijadikan cerita, ibu Khalida tu adalah adik tiri ibu Azam....what a small world... :)
Normal cerita, mesti happy ending...Khalida akhirnya menerima pinangan Azam...tapi surprise buat Azam kerana x siapa beritahu yang Khalida dipinang oleh mak Azam utk Azam..Azam boleh pengsan plak bile ade org minta bergambar dgn tunangnya (Khalida)..hehehe..

castellina : Cerita ini sangat menarik & sangat menerujakan saya... :)

LOYA



Ish korang ni...aku upload gambar wheelchair ni bukan sebab aku OKU....tapi memang aku kurang upaya pun dari isnin lepas...huhu...

alkisah...haku x tau la aku salah makan ke, atau memang aku nak kene gastrix...petang isnin jam 3 petang...perut aku mula memulas2 lalu membuak segala isi perut aku..dari pagi aku dah rase x sedap badan dah..lunch g mkn kfc dgn budak opis lame...borak punya borak, kak yanti pun tulung la urut sikit belakang badan aku ni...yg aku rase penuh angin x lepas...arghhhh sakit tu....sebab tu agaknya angin tu membuak lalu memuntahkan sgala isi perut aku start kul3 petang...dibawa sehingga ke mlm tadi...senak tu muntah2 aje...

isnin balik keje, mak bapak aku terus bawak aku g spital...aku x larat sgt nak gerak, guard tulung usung naik wheelchair..hahaha.mane x nye, asyik muntah sampai urat perut pun aku rase nak tertanggal keluar...best gak kan kene sorong...huhu....selasa aku cuti...rabu masih x sihat, g spital balik..kene tahan sejam utk amik darah & masuk air...alhamdulillah skang dah ok sikit walaupun ade lagi rase loya2...yg x menahan tu, sume tegur, mengandung kot kak.....hemoh hemoh....i belum kawin tauw....

beezz : semoga cepat sembuh...nak puasa dah ni....

MS ISO 9001:2008


Apa itu ISO?

• ISO ialah satu nama samaran bukan akronim untuk International Organisation For Standardisation. Ia adalah sebuah badan bersekutu yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard di negara masing-masing. Ia ditubuhkan pada 27 Februari 1947 dan beribu pejabat di Geneva Switzerland.



Objektif Perlaksanaan MS ISO

• Menyediakan sistem kerja yang berteraskan amalan pengurusan yang efektif



Faedah MS ISO 9000

• Mudah untuk merancang kerja, penggiliran dan penggantian kerja;

• Mengurangkan tindakan pembetulan yang diambil selepas berlakunya sesuatu masalah kerana staf dibekalkan dengan prosedur-prosedur dan arahan kerja yang lengkap;

• Membolehkan organisasi mengenal pasti tugas-tugas yang patut dijalankan serta memperincikan langkah-langkah yang perlu di ambil;

• Memberi kaedah bagi mendokumenkan secara tersusun amalan pengurusan dan cara bekerja;

• Membolehkan staf menjalankan tugas mereka dengan betul pada kali pertama dan seterusnya serta dapat mendisplinkan mereka dalam pekerjaan;

• Membolehkan pihak pengurusan membuat keputusan dengan lebih baik melalui maklumat penting hasil daripada audit dalaman, semakan pengurusan dan kawalan dokumen.



Pengenalan MS ISO 9001:2008

• Pelaksanaan standard MS ISO 9000 adalah bertujuan untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan yang memberi fokus kepada kehendak dan ekspektasi pelanggan.

• MS ISO 9000 adalah merupakan satu standard bertulis yang menetap dan menyenaraikan keperluan-keperluan asas yang perlu ada dalam Sistem Pengurusan Kualiti sesebuah agensi bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan.

• MS ISO 9000 mengkehendaki agensi mengenal pasti kehendak pelanggan, menyediakan latihan yang sesuai dan secukupnya bagi anggota yang terlibat dan menjalankan pengauditan bagi memastikan keberkesanan proses-proses tersebut mencapai matlamatnya.

• ISO 9000 kini digunakan di lebih 150 buah negara di dunia. Di Malaysia, Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) adalah badan yang bertanggungjawab terhadap siri ini.

• Pada bulan Oktober 2008, ISO telah mengeluarkan Standard ISO 9001:2008 yang merupakan penambahbaikan kepada standard IS 9001:2000. Penambahbaikan ini meliputi penerangan dan penjelasan yang lebih terperinci terhadap beberapa keperluan standard tertentu.

viva : sedang membuat persiapan rapi untuk audit ISO pada 5 & 6 Ogos 2010....

INDUKSI UMUM


Alhamdulillahirabbil a'lamin....selsesai sudah Induksi Umum...since 19th of July kami berkampung di Prescott Hotel, Klang...29hb Julai 2010 tamatlah kursus induksi kami...nasib le dekat aje & di hotel..kalau x, memang betul2 mati kutu...udah name pun Kursus Induksi...tentu2 kene kurung, xleh lepas....hehehe....

Mula-mula rasa gerun...tapi setelah hari2 dilalui dengan tenang & penuh kesabaran, akhirnya ia berakhir dengan begitu sempurna sesempurna menjawab peperiksaan di akhir kursus..huhu...

Jangan tension-tension...hidup kene positif, senyum, make your life happy with your own style...tension, stress, make your life dull and no interesting....petua awet muda... :) Always make new friends & your life will be going smoothly & easy...

So every day ade kelas, kerja kumpulan..damn tired....but i have to face it...syukur akhirnya semua selamat & berjalan dengan lancar...

After all effort, we are hoping to get d best result...May Allah Bless Us....AMINNNNN....

viva sakura : tawakkal a'lAllah....

Bergembira Di Sungai Congkak


Tanggal 18 Julai 2010, berlangsunglah hari keluarga bagi OSC, COB & JBK. Peristiwa berlaku di Sungai Congkak...Perancangan awal nak buat kat PD, 2 hari 1 malam...Petang Sabtu bercanda bersukaneka, malam minggu BBQ di tepi pantai....Sangat excited memilih hotel & port BBQ yang best...tapi ape kan daya, kita hanya merancang...so dengan kurang pengalaman pertama ni, kitorang buat simple je la..hehehe

Semua mula tiba di Sg Congkak jam 10 pagi...Men terus nyalakan api utk BBQ...Girls siapkan ikan untuk dibakar...Anak-anak dah mula excited nak mandi sungai....

Jam 2 petang mula main2...Saje nak happy2...Walaupun ade 4 game je, tapi ok la tu...nak banyak2 sangat pun, bukan ade banyak masa...Ditambah awan mendung hitam berarak pantas ke arah kami...maka kami segerakan ape yang belum terjadi..hehehe

Jam 3 petang, hujan rintik2 mula turun & menjadi lebat sikit...Nasib x ribut...Alhamdulillah kami bersurai jam 5 petang...Semua berjalan seperti yang dirancang walaupun dalam keadaan cuaca x berapa nak baik...

viva : next time....

Kursus


Date : 12-14 Julai 2010
Tempat : Bayu Beach Resort , PortDickson

viva : Kursus, tapi macam g makan angin kan..huhu

Untuk Awak, TEJA AULIA


Novel ni berkisar tentang dua orang sahabat baik iaitu Teja Aulia & Adil (lupa lak nama penuh).. :)
Biasalah...orang kata, lelaki dengan perempuan ni, bukan buleh dibuat sahabat rapat yang sangat baik serba serbi...mesti salah seorang akan 'tergelincir' dari landasan persahabatan...tapi masalah kat sini, dua-dua tergelincir cuma seorang tu sedar diri, yang sorang lagi x sedar-sedar tapi at last pun sama-sama sedar la...hehehe

Berlatar kan kehidupan di sebuah Negeri di Selatan Semenanjung Malaysia..dua sahabat baik ni pun sebenarnya hidup berjiran..dah biasa rapat...bila ada yg tidak puas hati, cepat aje dpt tahu..n bila masing2 pun dah dewasa, dah masuk alam U, alam kerja, masing-masing jadi sibuk...jadi, masa untuk bersama-sama seperti dulu tu, jadi kurang...

Dari kesibukan dan kerenggangan itulah bermula segalanya....

Mereka jadi kurang rapat..lagi-lagi dengan insiden x puas hati antara mereka...masing-masing pula, nak kata ego, ye kot..susah nak lafaz maaf...bila dah lama sangat x jumpe, bertegur, x tau cite, mula la terpikir2, masih buleh diterima as kawan ke or ape2 ke...but finally, they live happily ever after..hehehe

My view for this book...Jalan cite, ok, memang sama mcm cite kehidupan 2 sahabat karib lelaki & perempuan secara realiti nya lah...Mula-mula ok...Then bile masuk bab depa gaduh, dah lama x jumpe..Byk monolog...Saya x berapa gemar cite banyak monolog ni...so bagi saya cerita ini, so & so aje... 3 bintang dari saya sebab saya baca novel ni 2 minggu...tu pun paksa gak bace sampai habis.. :)

castellina : ade terselit cite Azril Mustaufi & Dhiya Nurlisa...