HAPPY BIRTHDAY TO YOU

HaPPy BirThday To My BeLOVEd FianCe....
Semoga Abang TEruS SukSES dALam kerJAYa Abang....Semoga ALLAH melimPahkan ReZEki yang melimPah RUAh buat Abang & diBERKATI selalu hubungan & kehiduPAN kita DI MASA AKan DatANg...
Semoga KASIH SAYANG Kita SentIASA BerkeMBANg mekAR & BERKEkalan HingGA Akhir HAYAT & INSYALLAH SehiNGGA ke SYURGA....

sakura - LOVE & MISS U SO MUCH....


My Engagement Day - 1st May 2011


hehehe...aku nak gelak lagi....hehehe...gelak-gelak malu sebenarnya....hehehe....
comel x aku...ahaks....sume kata aku lain sangat......cantek sangat.....ha baru terserlah keayuan aku setelah disolek oleh jurusolek professional sempena majlis pertunangan ku pada 1 Mei 2011...hehehe...cun x.....sape yang cakap x cun tu, jeles sebenarnya.....hahaha....

Alhamdulilah majlis pertunangan aku selamat berjalan dengan lancar dan sempurna....cuaca baik, tetamu ok, hidangan lazat...alhamdulilah.....

Thanx kepada semua family & kaum kerabat serta jiran-jiran yang banyak membantu dalam melancarkan majlis aku tempohari....

Thanx juga kepada semua di atas doa yang kalian hulurkan kepada ku....Insyallah semoga semuanya berjalan dengan lancar dalam urusan ku ke majlis yang lebih penting selepas ni...ape lagi, majlis kawin aku la deeeee....hehehe......

sakura - Insyallah semua urusan dipermudahkan....

APC 2010




persiapan di petang hari.....

APC stands for Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010...kali buat kat Morib Gold Coast....tempatnya dah separuh siap...tu pun dah cantek....kalau dah siap sepenuhnya mesti lagi cantek....n kat tepi pantai nya ade banyak gazebo...sape2 yang tengok cite cuti-cuti cinta yang nora danish & farid kamil berlakon tu, ha gazebo tu la...cantek kan...hehehe....

alkisah....tema malam tu smart casual merah hitam...so masing-masing pun sangat excited untuk malam tu.....so aku pakai je baju ape yang ade...nasib la ade kaler merah hitam...

viva - tahniah kepada semua penerima-penerima anugerah....

Besday ke-27



hehehe.....belum ape-ape dah gelak kan...mesti korang pelik...hehehe.....
kejadian ni berlaku pada 13 April 2011 yang merupakan hari jadi ku yang ke-27 tahun...hahaha dah lanjut usia ku.....hari tu umpama public holiday bagi aku even sebenarnya pagi tu aku ade exam...petang aku g joli dengan kekasih hatiku....hehehe....

kekasih hati ku membawa ku celebrate, xde la jauh sangat tapi aku appreciate sangat coz rasenye xde sape celebrate besday aku selama ni....hehehe....selama ni terima ucapan je...dengan family kat umah, lepas dinner, potong kek....but this year xde kek-kek nye de....i dapat bunga uuuuuu....walaupun bukan bunga sakura....hehehe....

selain itu......aku sangat terharu kerana pada malam itu, aku dilamar.....so sweettttt....x terfikir aku, die nak lamar aku....hmmm.....balik dinner, aku tanya mak ayah aku, diorang setuju gak....alhamdulilah, semua berjalan dengan lancar....mak ayah kekasih ku datang merisik 2 hari lepas die lamar aku....wao weeee....hehehe....

sakura - even aku ganaz, aku tetap ade rase malu-malu kucing tau......sweeeeettttt.....

Kinabalu, Sabah

Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di hujung kepulauan Borneo yang merupakan negeri kedua terbesar selepas Sarawak. Ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah dikenali sebagai 'Negeri di bawah bayu' yang bermaksud 'Sabah tanah di bawah angin' kerana kedudukan nya yang tepat di sebelah selatan wilayah rawan taufan di Filipina.

Terdapat pelbagai teori asal usul kewujudan nama Sabah ini. Satu teori mengatakan bahawa pada masa itu, Sabah dibawah Kesultanan Brunei, diberi nama sebagai Saba 'kerana kehadiran pisang saba, jenis pisang, ditemui di kawasan pantai. Kerana lokasi Sabah dalam kaitannya dengan Brunei, telah menyarankan bahawa Sabah adalah kata Melayu Brunei ertinya hulu atau sisi utara sungai. Teori lain mengatakan Sabah berasal dari perkataan Melayu iaitu Sabak yang bermaksud suatu tempat di mana gula aren diekstrak. Sabah juga merupakan perkataan Arab yang bererti pagi. Kewujudan beberapa teori membuatnya sukar untuk menentukan asal-usul sebenarnya dari nama.




Sebenarnya aku g Kota Kinabalu ni akhir bulan Januari aritu...tapi baru la ni ade mood nak update balik draft blog ni.....sangat seronok percutian ke sana...banyak sangat tempat macam x puas nak pegi lagi....n off course shopping pun macam x cukup2...hehehehe....paling seronok pergi Kundasang, Ranau...melihat & menikmati keindahan alam...Subhanallah....Bile diperhati bentuk Gunung Kinabalu n peta negeri Sabah tu sendiri, bentuknya seakan sama kan? Subhanallah......
Sejak kawan2 tau teman g KK ni....sume dok tanye ape yang menarik nak g merayau kat KK nu....ape aktiviti boleh buat kat sana...makanan macamana, sedap ke x, murah ke x...ole-ole ape je yang menarik kat sane...sume dok cite tanya kat teman sebab masing2 dah book tiket ke KK..hmmmm saya dah macam duta Kota Kinabalu bahh...hehehe...well apa pun kepada kawan-kawan yang g holiday ke KK ni, saya komen - memang best, x rugi g KK...hehehehe

sakura : masuk airport KK utk flight balik, terserempak dengan consultant ofis...huhu

KRU - Ampuniku

 

Ampuniku

Artist: KRU
 
Terlantar dalam kekusutan umpama tiada harapan
Terlalu banyak kesilapan terlanjur kulakukan
Ku tahu aku selalu terleka
Ku tahu ku tak sempurna lima
Timbul rasa insaf
Tersedar dari godaan dunia

Daku mahu kembali ke jalan yang sebenar
Tekad sedaya upaya agar dikau sudi terima

Tinggalkan segala yang sudah
Ku di dalam gelisah
Ku mendoakan kau ampuni segala dosa
Hatiku tidak akan berubah
Dengan yakin ku bersumpah
Aku bersujud agar Kau ampuni diriku
Ampuniku

Inginku mengubahkan cara menjadi insan lebih setia
Merintih dengan air mata menyerah jiwa raga
Apabila sudah tiba masanya nyawaku tiada di dunia
Ambillahku dekat pada-Mu
Itu saja pintaku

Walau tak mungkin mampu penuhi harapan-Mu
Namun daku merayukan pengampunan dari-Mu Tuhan

Aku hanyalah manusia biasa
Yang terkandas di perjalanan
Ingin pulang ke pangkuan
 
sakura - ramai gak tak perasan KRU ade lagu ni...Ini lagu kenangan Makan Malam Matrikulasi Shahputra 2002/2003. huhu

Senafas Rindu - Damya Hanna


huhu....aku beli buku ni Jumaat lepas (07 Jan 2011)...Ahad aku dah abis bace...hahaha...sebab best, x sabar nak bace seterusnya....ingatkan novel baru dari Damya Hana...skali tengok cetakan dah dari tahun bile...hahaha aku yang x perasan novel ni wujud....

Syabas utk watak mak Fariz yang memang diktator....hahaha...Ibu mana la yang jahat sangat kan...tapi jangan terlalu mengongkong anak..at least bagi la kebebasan sikit...jangan la terus menghukum perbuatan anak yang dirasakan x betul di mata seorang ibu...wah bermotivasi jap..hehehe

Keseluruhan cerita, ok....Jalan cerita, ok.....plot-plot cerita, ok....penceritaan sangkutan antara watak, ok.....tapi macam kurang ummpphhh sikit...nak abis cerita, macam longgar nak tunjuk yang Fariz betul2 derita, mak Fariz dah insaf.....cerita pasal Shafika yang nak rampas Fariz semula dari Viviana pun patutnya lebih menyengat supaya pembaca dapat rasa Viviana & Fariz pertahankan cinta mereka...tapi ok la...hehehe...

Sinopsis

Fariz amat mencintai Vivianna, gadis sekolejnya yang berbangsa Cina tetapi hubungan mereka terhalang oleh kedua-dua keluarga. Pada masa yang sama, Shafika yang pernah meninggalkan Fariz hadir untuk menagih cinta lelaki itu.
Terjadilah pelbagai konflik yang mencetuskan perasaan dan hati. Marah, geram dan gembira bercampur baur.
Antara Shafika, Vivianna dan Siti Nur Ain... Fariz hanya mampu memilih satu. Namun, akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya. Dia sekadar berserah.
 
castellina - selamat membaca...

19 Rahsia Keistimewaan Wanita

 
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."


2.. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh..


3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.


5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu terlebih dahulu.


9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
blues - sekadar peringatan untuk diri sendiri dan bersama

TengkuJOE...hehe

Ombak kuat menghempas batu-batuan di Teluk Cempedak...(macam ayat novel lak)...hehehe...tapi serius...angin kuat, memang syiok wo dok tepi pantai masa tu...sambil tengok ombak kuat, bergulung-gulung sampai pantai....pastu nampak la pergerakan hujan yang start turun dari tengah laut...makin lama makin mendekati pantai dan...akhirnya kami terpaksa cari tempat teduh selamatkan diri...tapi basah gak ar sikit coz angin tolak air hujan kan, kene la tempias sikit...huhu

posing jap sementara hujan reda....nak balik pun bukan boleh coz keta park jauh & xde bawak payung...huhu

beezz - alkisah ni mase turun Kuantan di minggu tahun baru untuk menghantar adikku masuk meneruskan pengajian ijazahnya untuk sem 2...

Nasihat Hidup Berkeluarga

aku dapat email ni..so aku rase macam best lak..so aku publish dalam blog aku le....untuk nasihat bersama & peringatan sesama kita since ramai yang kawin hujung tahun ni....Semoga Kehidupan Keluarga Kita Aman Harmoni Sehingga Akhir Hayat....& Ku Harap aku dapat hidup berkeluarga sendiri suatu masa nanti...Insyallah... )

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah
formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Happy Wedding Anniversary


Date - 24 Dec 2010
Time - 2100 pm
Venue - Tasik Idaman, Bangi.

Sangat happy ini malam...hehehe...coz berjaya buat my parent sangat gembira dengan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 41 tahun...wah lame tu...orang-orang sekarang, kejap aje pun dah bercerai berai...nauzubillah...jangan le jadi kat aku kelak (sebab aku belum kawin)...huhu...

penat balik dari port dickson x abis lagi...pas semayang jumaat, aku ajak adik aku survey jalan...aku cakap je pernah lalu - restoran ni betul2 depan pusat ATOM...tapi aku selalu lalu naik bus (g kursus kannnn...hehehe)... idak le jauh sangat...1/2 jam buleh sampai...so tak le nak tergesa-gesa sangat pas maghrib nak rush ke sana, boleh relax-relax, ayah aku pun buleh maghrib kat surau dulu as usual...hehehe...

so malam tu, may ayah aku jadi TUAN...aku drive (sebab kalau ayah aku ade dalam itu keta, xde sape buleh drive melainkan dia)...hahaha kakak aku tanye - boleh lak ayah bagi ko drive, malam lak tu...aku slumber jawab - dah kene arahan keras dari aku - ayah dok diam-diam kat belakang, jangan bising-bising...hahaha...even mase aku ajak adik aku g survey tempat tu pun, mak ayah aku tanye, aku cakap - start petang ni, jangan banyak tanye, ikut je, lepas maghrib pakai cantik-cantik, dok dalam keta diam-diam...hahahaha...

so malam tu sampai Tasik Idaman, just in time...terus aku n along order makanan...alhamdulilah in budjet..huhu....ingatkan makan je...ade la bawak kek just untuk kami suke-suke je..x sangka ade DJ..siap buleh buat ucapan...n maybe along aku booking tempat tu, die dah siap-siap cakap nak celebrate anniversary...so DJ tu buat sambutan atas pentas...wahahaha...macam dalam gambar di atas ye..but really sorry sebab gambar x clear..tapi buleh cam kan aku yang mane satu...keh keh keh....mula-mula panggil mak ayah buat ucapan, interview sikit-sikit...pastu kami adik-beradik gilir-gilir salam & cium mak ayah...ala-ala dah syahdu...ucapan dari mak ayah untuk anak-anak & along balas ucapan wakil kami adik beradik...nasib depan orang ramai ye, kalau tak, haru aku dah bergenang-genang ayer mata...kirenye kene cover cun la...wahaha..

sebelum potong kek, nyanyi la ramai-ramai "Allah Selamatkan Kamu, AYAH...Allah Selamatkan Kamu, IBU....Allah Selamatkan Kamu, ATOK...Allah Selamatkan Kamu, NENEK"...anak-anak buah aku yang jadi penonton setia di bawah pentas, sangat la seronok bernyanyi-nyanyi sambil berjoget-joget...hahaha sangat chumel hokaayy...huhu...

after that sesi bergambar la di atas pentas...cover cun lagi...huhuhu...hope mak ayah gembira & jadi kenangan paling indah dalam hidup mereka...

komen about Tasik Idaman - Tempat ok...happening....makanan ok sedap memenuhi citarasa but too hot for me, service cepat....overall 4 stars...

beezz - Cik La Sayang Mak & Bapak Sangat-Sangat....

Holiday @ Palm Springs Resort City, Port Dickson.


lihatlah betapa relax nya anak menakan aku ni...hehe..syiok wo berendam kat pool ni...ni pool biasa...ade sand pool yang diiktiraf as largest sand pool in Malaysia as i read in website..hehehe...
sangat seronok holiday bersama family tercinta....

Tanggal 22 Disember 2010, jam 3 petang kami tiba di sana...paman Khamdan dah tunggu kami check in...dah rehat-rehat jap, anak buah aku ajak g pool..sepupu aku pun dah gerak bawak anak-anaknya g pool..so kami pun menyusul...sangat seronok sebab aku dah pandai swimming sikit-sikit..thanx to kak Anis sebab ajar saya swimming mase induksi...hehehe...
Kakak ku sekeluarga & Cik Hanifah sekeluarga tiba malam 22hb tu coz sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan...ish ish ish,rugi beberapa jam...hehehe....

Tanggal 23 Disember 2010, pagi hujan dari sebelum subuh...punya la sejuk mak aih tak menahan....alhamdulilah dalam kul 10 reda..so cuaca sedap-sedap je redup...budak-budak dah tak sabar nak turun pantai...lebih kurang kul 3, balik dari pantai, kitorang berendam lak kat resort pools...after one pool to another pool...berendam sampai kul 5..huhuhu...ade lak court untuk bola tampar pantai...sambil-sambil berendam, g main bola tampar pantai...tapi gune bola nemo RM6 je beli kat tepi pantai...hahaha tapi sangat syiok...

Malam tu malam Jumaat...paman & ayah arrange doa selamat & tahlil utk keluarga kami yang telah meninggal dunia..after that jamuan makan nasi berlauk KFC...huhuhu...

Tanggal 24 Disember 2010, sangat malas bangun pagi sebab terasa sangat penat...huhuhu...tapi kene bangun gak, kemas barang coz nak check out kul11...nak rush balik untuk solat jumaat di masjid kampung...& petang boleh relax coz malam nanti ade lagi aktiviti untuk our beloved parent....TUNGGUUUUUUU......

Other facilities at Palm Springs Resort City, Port Dickson - An 18-hole Royal Palm Springs Golf Course, Club House, Club Village featuring the largest sand-bedded pool in Malaysia, children’s fun pool, a reflexology pool, jacuzzis, tennis courts, karaoke rooms. Extreme Park, Dewan Dato' Haji Abdul Samad that can support up to 1,000 pax, Conference Hall that can support up to 2,000 pax.
But, sad to say that the resort, the environments even the club village are not fully maintained..

beezz - holiday sampai tak hengat dunia...ahaks...

Selamat Pengantin Baru






Selamat Pengantin Baru to my best friend forever....Semoga kalian bahagia hingga akhir hayat....Dikurniakan zuriat soleh & solehah...Diberkati hiduP keluarga kalian & dirahmati oleh-Nya....

sakura - doakan sakura & fantaghiro Pun cePat bertemu jodoh ya...