KRU - Ampuniku

 

Ampuniku

Artist: KRU
 
Terlantar dalam kekusutan umpama tiada harapan
Terlalu banyak kesilapan terlanjur kulakukan
Ku tahu aku selalu terleka
Ku tahu ku tak sempurna lima
Timbul rasa insaf
Tersedar dari godaan dunia

Daku mahu kembali ke jalan yang sebenar
Tekad sedaya upaya agar dikau sudi terima

Tinggalkan segala yang sudah
Ku di dalam gelisah
Ku mendoakan kau ampuni segala dosa
Hatiku tidak akan berubah
Dengan yakin ku bersumpah
Aku bersujud agar Kau ampuni diriku
Ampuniku

Inginku mengubahkan cara menjadi insan lebih setia
Merintih dengan air mata menyerah jiwa raga
Apabila sudah tiba masanya nyawaku tiada di dunia
Ambillahku dekat pada-Mu
Itu saja pintaku

Walau tak mungkin mampu penuhi harapan-Mu
Namun daku merayukan pengampunan dari-Mu Tuhan

Aku hanyalah manusia biasa
Yang terkandas di perjalanan
Ingin pulang ke pangkuan
 
sakura - ramai gak tak perasan KRU ade lagu ni...Ini lagu kenangan Makan Malam Matrikulasi Shahputra 2002/2003. huhu

Senafas Rindu - Damya Hanna


huhu....aku beli buku ni Jumaat lepas (07 Jan 2011)...Ahad aku dah abis bace...hahaha...sebab best, x sabar nak bace seterusnya....ingatkan novel baru dari Damya Hana...skali tengok cetakan dah dari tahun bile...hahaha aku yang x perasan novel ni wujud....

Syabas utk watak mak Fariz yang memang diktator....hahaha...Ibu mana la yang jahat sangat kan...tapi jangan terlalu mengongkong anak..at least bagi la kebebasan sikit...jangan la terus menghukum perbuatan anak yang dirasakan x betul di mata seorang ibu...wah bermotivasi jap..hehehe

Keseluruhan cerita, ok....Jalan cerita, ok.....plot-plot cerita, ok....penceritaan sangkutan antara watak, ok.....tapi macam kurang ummpphhh sikit...nak abis cerita, macam longgar nak tunjuk yang Fariz betul2 derita, mak Fariz dah insaf.....cerita pasal Shafika yang nak rampas Fariz semula dari Viviana pun patutnya lebih menyengat supaya pembaca dapat rasa Viviana & Fariz pertahankan cinta mereka...tapi ok la...hehehe...

Sinopsis

Fariz amat mencintai Vivianna, gadis sekolejnya yang berbangsa Cina tetapi hubungan mereka terhalang oleh kedua-dua keluarga. Pada masa yang sama, Shafika yang pernah meninggalkan Fariz hadir untuk menagih cinta lelaki itu.
Terjadilah pelbagai konflik yang mencetuskan perasaan dan hati. Marah, geram dan gembira bercampur baur.
Antara Shafika, Vivianna dan Siti Nur Ain... Fariz hanya mampu memilih satu. Namun, akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya. Dia sekadar berserah.
 
castellina - selamat membaca...

19 Rahsia Keistimewaan Wanita

 
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."


2.. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh..


3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.


5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu terlebih dahulu.


9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
blues - sekadar peringatan untuk diri sendiri dan bersama

TengkuJOE...hehe

Ombak kuat menghempas batu-batuan di Teluk Cempedak...(macam ayat novel lak)...hehehe...tapi serius...angin kuat, memang syiok wo dok tepi pantai masa tu...sambil tengok ombak kuat, bergulung-gulung sampai pantai....pastu nampak la pergerakan hujan yang start turun dari tengah laut...makin lama makin mendekati pantai dan...akhirnya kami terpaksa cari tempat teduh selamatkan diri...tapi basah gak ar sikit coz angin tolak air hujan kan, kene la tempias sikit...huhu

posing jap sementara hujan reda....nak balik pun bukan boleh coz keta park jauh & xde bawak payung...huhu

beezz - alkisah ni mase turun Kuantan di minggu tahun baru untuk menghantar adikku masuk meneruskan pengajian ijazahnya untuk sem 2...