Prinsip 11 S

^^,
Sekarang tengah mood baca buku-buku motivasi tentang kekeluargaan...masuk la satu bab ni...macam best untuk sharing...so ku titipkan di sini untuk tatapan semua...hope bermanfaat buat kita semua... :)

S1 - Syariat
* Pilihlah pasangan hidup kita di kalangan orang yang mengambil berat soal hukum-hakam dan syariat agama. Semoga hidup kita bahagia sehingga ke alam akhirat di samping dapat melahirkan zuriat yang soleh solehah.

S2 - Salam
* Amalkan memberi salam setiap kali hendak memasuki rumah agar jin dan syaitan yang berada di luar rumah tidak dapat mengganggu keharmonian keluarga kita.

S3 - Senyum
* Berikanlah senyuman kepada pasangan kita kerana ia adalah sedekah yang paling mudah untuk diamalkan tetapi dijanjikan ganjaran daripada-Nya. Hanya dengan senyuman, ia dapat mententeramkan jiwa yang duka serta melegakan tekanan yang ada.

S4 - Sabar
* Sesungguhnya, sabar itu adalah sebahagian daripada iman. Oleh itu, bersabarlah sekiranya ditimpa musibah dalam perhubungan atau keluarga. Dengan banyakkan bersabar, kita dapat berfikir dengan tenang dan bertindak dengan penuh matang. Ingatlah bahawa Allah S.W.T sentiasa bersama-sama dengan golongan yang sabar.

S5 - Serasi
* Carilah keserasian yang wujud antara kita dan pasangan. Bukanlah bermakna mempunyai sikap yang sama dengannya...Tetapi lebih menjurus kepada sikap saling memberi dan menerima setiap kelebihan serta kekurangan yang dimiliki. Wahai manusia, tiada yang diciptakan sempurna melainkan Dia Yang Maha Esa.

S6 - Sayang
* Sayangilah pasangan kita dengan seikhlas hati agar mereka juga menyayangi kita sepenuh jiwa dan raga. Tunjukkan kepada mereka cara kita mengasihi sama ada dengan belaian manja atau keprihatinan terhadap kebajikannya. Semoga mereka tahu kehadiran mereka di sisi kita bukan sekadar untuk disayangi tetapi juga sangat dihargai.

S7 - Seks
* Hubungan seks bersama pasangan adalah dihalalkan apabila telah terlafaznya ijab dan kabul. Maka, jadikan hubungan intim kita itu satu perkara yang paling menyeronokkan, bukannya mengerikan. Bergurau senda sebelum dan semasa berhubungan intim amatlah digalakkan. Selain dapat mewujudkan kemesraan, ia juga boleh menghilangkan rasa gemuruh yang menghantui diri. Sebagai muslim sejati, kedua-dua pasangan hendaklah membaca doa sebelum bermulanya hubungan itu agar tidak diganggu syaitan dan zuriat yang bakal dilahirkan nanti terdiri daripada golongan yang soleh.

S8 - Sempurna
* Sempurnakan semua perkara yang menjadi keperluan pasangan dan ahli keluarga kita. Ini demi mengecapi hidup yang lebih sempurna disulami dengan rasa cinta dan kasih sayang yang tiada tolok bandingnya.

S9 - Syukur
* Syukur itu merupakan tanda terima kasih kita kepada Allah S.W.T di atas semua nikmat kurniaan-Nya. Dengan itu, bersyukurlah kerana kita dianugerahkan pasangan dan keluarga walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Sesiapa yang tidak bersyukur dengan nikmat yang sedikit, sudah pasti tidak akan bersyukur juga apabila dilimpahi nikmat yang banyak.

S10 - Sejahtera
* Hidup akan aman sejahtera seandainya kita saling berusaha memupuk kebahagiaan bersama-sama. Usah mengharapkan sebelah pihak sahaja yang perlu memainkan peranan. Setiap langkah dan usaha untuk menaikkan taraf kehidupan kita menjadi lebih harmoni amatlah diberkati Allah S.W.T.

S11 - Selamat
* Apabila bahagia yang tercipta berasaskan panduan hidup yan betul dengan menjunjung tinggi syariat Islam, kehidupan kita sekeluarga pasti akan selamat di dunia dan akhirat. Terapkanlah konsep amar ma'ruf nahi munkar di dalam setiap langkah kita di dunia ini demi menghindarkan diri daripada azab api neraka.

~cr to : Doa & Tips Keluarga Bahagia - Norlela Ibrahim - Karangkraf ~

Melodrama Sebuah Cinta

Apa lagu & cerita yang boleh membuatkan anda sentiasa mengingati si dia yang tersayang lagi tercinta....


Masa mula-mula kenal, ade lak kuar cerita Tangled Rapunzel...sebab dia, aku tengok cerita 2 kali ye...& aku suka cite ni sebab memngingatkan aku zaman-zaman mula-mula kenal...aku menonton di Melaka sbb ade kursus, die di Kuantan bersama kawan2 die...kerana x puas hati sebab aku x dapat tengok versi 3D, sanggup aku angkut anak-anak buah aku tengok kat Jusco Bukit Tinggi Klang plak...hehehe....

pertengahan bulan Mac 2010, keluar plak cerita Merong Mahawangsa...cite ni pun aku tengok 2 kali x silap...menonton bagi pihak insan tersayang yang masih berada di kejauhan, yang x dapat balik tengok cerita ni...hehehe...sebenarnya, xde la aku nak cerita tentang movie ni...but lebih kepada lagu tema nya, nyanyian Anuar Zain....lirik sungguh menyentuh kalbu...& lagu ni ditujukan kepada ku oleh insan yang ku sayang....




Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

sakura - anda pula....hehehe

Hikmah Qurban


Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Antara hikmah korban adalah:

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Ku Kunci Cintamu Dalam Hatiku

hehehe...poyo je kan tajuknya...hehehe...actually saje je nak update blog yang hampir bersawang ni...dalam sepanjang masa x update blog ni, ade je kisah2 kehidupan aku yang aku rasa nak kongsi dalam ni....tapi bila dah mula nak menulis, rasa xde idea plak...

sekarang dah masuk bulan Oktober...korang pun sedia maklum, aku nak kawin tahun depan...yea yea kawin..hehehe...bunyi macam gatal kan...tapi hakikat yang perlu dilalui adalah sangat mencabar minda, mental & fizikal....orang kata - ko perempuan, buat apa ko nak takut, bukan ko yang nak menghadap tok kadi tu...itu aku x kisah, Insyallah majlis ku akan berjalan dengan sempurna...namun kehidupan selepas majlis itu yang aku harapkan kesempurnaan sehingga ke akhir waktu....

Ya Allah Ya Tuhanku....semoga aku tabah menempuh segala perkara dalam kehidupan ku yang akan datang....semoga aku terus bahagia & harmonikanlah hubungan kami serta peliharalah kami dengan keredhaan-Mu....jauhkanlah kami dari hasad dengki, iri hati, hasutan syaitan yang sentiasa ingin menghancurkan anak-anak adam di muka bumi ini..mekarkanlah kasih sayang kami...suburkanlah cinta kami...semaikanlah benih kerinduan antara kami agar kami beroleh kebahagiaan berkekalan....Subhanllah...Amin..