Renungan

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.......“Ah, mujur aku ni lelaki!”


Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluh...an remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan ? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan , harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

blues : amik dari email kawan aku huluq kat aku...

Wanita Malaysia di Tangga ke-16 Paling Tertekan

hehehe...tertarik dengan satu kajian yang menunjukkan wanita Malaysia di tangga ke-16 paling tertekan di dunia...

Faktor-faktor wanita Malaysia tertekan :

1. Terlalu berusaha menjaga hubungan dengan pasangan
2. Mengambil serius persepsi orang lain terhadap diri dan keluarga.
3. Bekerja kuat untuk mendapat pengiktirafan dari majikan.
4. Terlalu serius terhadap pelajaran anak-anak.
5. Menggalas tanggungjawab menjaga keluarga.
6. Terlalu dikongkong oleh keluarga.
7. Berhenti kerja untuk menjadi suri rumahtangga.

Pakar sosiologi klinikal - Datuk Dr. Wan Halim Othman
- wanita terlalu mementingkan kesempurnaan berbanding lelaki yang lebih nampak tenang dan tidak mudah dikuasai emosi.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr. Mohd Fadzil Che Din - wanita di negara membangun seperti malaysia amat mementingkan kerjaya.

Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor - Datin Paduka Rakibah Abd Manap - Wanita dididik untuk sentiasa bertanggungjawab sejak kecil dan mereka suka mengambil tanggungjawab itu.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan - Loke Yim Pheng - Wanita perlu bijak tangani tekanan dan tidak terlalu mementingkan kerjaya sehingga mengabaikan kesihatan fizikal dan emosi.

sumber : Berita Harian 20 Julai 2011

Viva : X pandai susun ayat..amik isi penting je untuk dijadikan renungan dan tauladan... :)

Sesi Angan-angan Vol. 3



Cantik....akibat dah terlalu banyak survey internet berkanaan persediaan menyambut hari bahagia ni..cewah....mula la berangan bukan-bukan...bak kata tunang ku tersayang, fikirkan keperluan, jangan fikir kehendak...kalau fikir kehendak, memang la sume benda nak..huhuhu...
tapi aritu pegi survey barang-barang hantaran, survey sekali gak kasut kawin ni...hahahaha...dengan tunang ku tersayang gak la...hahahahaha....
tapi bila fikir semula dan dinasihatkan pula oleh kawan ku, mula la berbelah bahagi...kerana, kasut tu kene sepadan dengan baju kawin... amat janggal dan kurang menarik kalau baju kaler lain, kasut kaler lain...so kalau nak gak kasut sendiri, kene la beli banyak kasut untuk sepadan baju kawin belah aku & belah bakal suami ku....wah terlebih bajet la plak...but xpe, agak-agak gatal tangan nak juga nanti, rembat juga...hihi

Sesi Angan-Angan Vol. 2






Cantik-cantik kan....tapi insaflah wahai diriku...dengan bajet yang anda ada dan kenduri kawin buat kat umah je wei, mane muat pelamin besar2 ni....hihihi...
gambar kredit to ntah mana-mana blog yang aku survey..tq tq.. & x silap bawah sekali ni adalah pelamin kawan matrix aku dahulu....cantek banget....

He Is My Love


He's the reason I keep staying strong,
He's my shining star,
He's the only guy that has my heart.
He's the one that takes my breath away,
I love him more each and everyday.
He means the world to me,
He's the reason for the smile on my face,
No one could ever take his place.
He's the love of my life,
He's the one I'm always thinking of,
He's my only one.
He's the reason I'm still living,
Without him I'm nothing.
He's my world,my life,
My everything.

Sesi Angan-angan Vol. 1


Sesi berangan sebentar..hehehe...Cantik kan....hehehe....

Apa kata aku pakai macam ni lak...tapi versi menutup aurat la...cantik tak agak-agak? hehehe....

Bermula Suatu Cabaran


Wah tajuk macam seram kan....hehehe....bulan ni (Julai 2011) [hahahaa...poyo siap state bulan tahun] adalah bulan ke-3 aku memegang jawatan sebagai tunangan orang....ahaks...masih macam tak caye lak aku ade tunang...tunang ku yang sangat bersabar, yang sangat romantik, yang sangat cool...I LOVE HIM SO MUCH....ecehhh mesti korang geli telinga dengar kan...ada aku kisah? hehehe....

Sepanjang tempoh selepas bertunang ni, aku mula menggiatkan diri membuat survey segala benda berkaitan majlis perkahwinan...antara yang betul2 aku amik perhatian, tentulah butik andaman pengantin, pelamin idaman, pakaian pengantin yang cantek, kasut pengantin yang cantek, doorgift untuk kenalan dan pihak lelaki, kad kahwin....hehehe....

Setakat ni aku baru booking kameraman...ok dah selesai satu perkara..perkara yang betul2 amat memeningkan kepala tu adalah pilihan butik pengantin...hehehe...nape ye aku pening...sbb ade butik yang make up cantek tapi baju x cantek, ade yang baju cantek tapi make up macam aku make up sendiri je (hahahahaha keji tak), ade juga pilihan pelamin yang aku berkenan tapi make up dengan baju lak biasa aje...hahaha betul kata paman aku, aku ni cerewet..huhu...

kad kawin lak, aku dah decide untuk buat kat ne...aku harap harga yang aku survey bulan lepas masih tidak berubah...ini kerana, kedai beliau sahaja yang menawarkan harga yang sangat murah untuk design aku sendiri...jeng jeng jeng...mesti korang tertanya-tanya kan design aku buat untuk kad kawin aku tu cantek sangat ke...hahahahaa jeng jeng jeng....tunggggggguuuuuuuuuuuuuu..... :P

lagi? hmmmmm sekarang pun aku tengah giat pilih set bilik tidur yang macamana memenuhi citarasa aku untuk digunakan di bilik pengantin...and tentulah ia akan digunakan sebagai kegunaan seharian kitorang di rumah kitorang sendiri nanti..hihihi...

nanti aku update lagi k...mood happy... :)