Kinabalu, Sabah

Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di hujung kepulauan Borneo yang merupakan negeri kedua terbesar selepas Sarawak. Ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah dikenali sebagai 'Negeri di bawah bayu' yang bermaksud 'Sabah tanah di bawah angin' kerana kedudukan nya yang tepat di sebelah selatan wilayah rawan taufan di Filipina.

Terdapat pelbagai teori asal usul kewujudan nama Sabah ini. Satu teori mengatakan bahawa pada masa itu, Sabah dibawah Kesultanan Brunei, diberi nama sebagai Saba 'kerana kehadiran pisang saba, jenis pisang, ditemui di kawasan pantai. Kerana lokasi Sabah dalam kaitannya dengan Brunei, telah menyarankan bahawa Sabah adalah kata Melayu Brunei ertinya hulu atau sisi utara sungai. Teori lain mengatakan Sabah berasal dari perkataan Melayu iaitu Sabak yang bermaksud suatu tempat di mana gula aren diekstrak. Sabah juga merupakan perkataan Arab yang bererti pagi. Kewujudan beberapa teori membuatnya sukar untuk menentukan asal-usul sebenarnya dari nama.




Sebenarnya aku g Kota Kinabalu ni akhir bulan Januari aritu...tapi baru la ni ade mood nak update balik draft blog ni.....sangat seronok percutian ke sana...banyak sangat tempat macam x puas nak pegi lagi....n off course shopping pun macam x cukup2...hehehehe....paling seronok pergi Kundasang, Ranau...melihat & menikmati keindahan alam...Subhanallah....Bile diperhati bentuk Gunung Kinabalu n peta negeri Sabah tu sendiri, bentuknya seakan sama kan? Subhanallah......
Sejak kawan2 tau teman g KK ni....sume dok tanye ape yang menarik nak g merayau kat KK nu....ape aktiviti boleh buat kat sana...makanan macamana, sedap ke x, murah ke x...ole-ole ape je yang menarik kat sane...sume dok cite tanya kat teman sebab masing2 dah book tiket ke KK..hmmmm saya dah macam duta Kota Kinabalu bahh...hehehe...well apa pun kepada kawan-kawan yang g holiday ke KK ni, saya komen - memang best, x rugi g KK...hehehehe

sakura : masuk airport KK utk flight balik, terserempak dengan consultant ofis...huhu