Nasihat Hidup Berkeluarga

aku dapat email ni..so aku rase macam best lak..so aku publish dalam blog aku le....untuk nasihat bersama & peringatan sesama kita since ramai yang kawin hujung tahun ni....Semoga Kehidupan Keluarga Kita Aman Harmoni Sehingga Akhir Hayat....& Ku Harap aku dapat hidup berkeluarga sendiri suatu masa nanti...Insyallah... )

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah
formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Happy Wedding Anniversary


Date - 24 Dec 2010
Time - 2100 pm
Venue - Tasik Idaman, Bangi.

Sangat happy ini malam...hehehe...coz berjaya buat my parent sangat gembira dengan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 41 tahun...wah lame tu...orang-orang sekarang, kejap aje pun dah bercerai berai...nauzubillah...jangan le jadi kat aku kelak (sebab aku belum kawin)...huhu...

penat balik dari port dickson x abis lagi...pas semayang jumaat, aku ajak adik aku survey jalan...aku cakap je pernah lalu - restoran ni betul2 depan pusat ATOM...tapi aku selalu lalu naik bus (g kursus kannnn...hehehe)... idak le jauh sangat...1/2 jam buleh sampai...so tak le nak tergesa-gesa sangat pas maghrib nak rush ke sana, boleh relax-relax, ayah aku pun buleh maghrib kat surau dulu as usual...hehehe...

so malam tu, may ayah aku jadi TUAN...aku drive (sebab kalau ayah aku ade dalam itu keta, xde sape buleh drive melainkan dia)...hahaha kakak aku tanye - boleh lak ayah bagi ko drive, malam lak tu...aku slumber jawab - dah kene arahan keras dari aku - ayah dok diam-diam kat belakang, jangan bising-bising...hahaha...even mase aku ajak adik aku g survey tempat tu pun, mak ayah aku tanye, aku cakap - start petang ni, jangan banyak tanye, ikut je, lepas maghrib pakai cantik-cantik, dok dalam keta diam-diam...hahahaha...

so malam tu sampai Tasik Idaman, just in time...terus aku n along order makanan...alhamdulilah in budjet..huhu....ingatkan makan je...ade la bawak kek just untuk kami suke-suke je..x sangka ade DJ..siap buleh buat ucapan...n maybe along aku booking tempat tu, die dah siap-siap cakap nak celebrate anniversary...so DJ tu buat sambutan atas pentas...wahahaha...macam dalam gambar di atas ye..but really sorry sebab gambar x clear..tapi buleh cam kan aku yang mane satu...keh keh keh....mula-mula panggil mak ayah buat ucapan, interview sikit-sikit...pastu kami adik-beradik gilir-gilir salam & cium mak ayah...ala-ala dah syahdu...ucapan dari mak ayah untuk anak-anak & along balas ucapan wakil kami adik beradik...nasib depan orang ramai ye, kalau tak, haru aku dah bergenang-genang ayer mata...kirenye kene cover cun la...wahaha..

sebelum potong kek, nyanyi la ramai-ramai "Allah Selamatkan Kamu, AYAH...Allah Selamatkan Kamu, IBU....Allah Selamatkan Kamu, ATOK...Allah Selamatkan Kamu, NENEK"...anak-anak buah aku yang jadi penonton setia di bawah pentas, sangat la seronok bernyanyi-nyanyi sambil berjoget-joget...hahaha sangat chumel hokaayy...huhu...

after that sesi bergambar la di atas pentas...cover cun lagi...huhuhu...hope mak ayah gembira & jadi kenangan paling indah dalam hidup mereka...

komen about Tasik Idaman - Tempat ok...happening....makanan ok sedap memenuhi citarasa but too hot for me, service cepat....overall 4 stars...

beezz - Cik La Sayang Mak & Bapak Sangat-Sangat....

Holiday @ Palm Springs Resort City, Port Dickson.


lihatlah betapa relax nya anak menakan aku ni...hehe..syiok wo berendam kat pool ni...ni pool biasa...ade sand pool yang diiktiraf as largest sand pool in Malaysia as i read in website..hehehe...
sangat seronok holiday bersama family tercinta....

Tanggal 22 Disember 2010, jam 3 petang kami tiba di sana...paman Khamdan dah tunggu kami check in...dah rehat-rehat jap, anak buah aku ajak g pool..sepupu aku pun dah gerak bawak anak-anaknya g pool..so kami pun menyusul...sangat seronok sebab aku dah pandai swimming sikit-sikit..thanx to kak Anis sebab ajar saya swimming mase induksi...hehehe...
Kakak ku sekeluarga & Cik Hanifah sekeluarga tiba malam 22hb tu coz sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan...ish ish ish,rugi beberapa jam...hehehe....

Tanggal 23 Disember 2010, pagi hujan dari sebelum subuh...punya la sejuk mak aih tak menahan....alhamdulilah dalam kul 10 reda..so cuaca sedap-sedap je redup...budak-budak dah tak sabar nak turun pantai...lebih kurang kul 3, balik dari pantai, kitorang berendam lak kat resort pools...after one pool to another pool...berendam sampai kul 5..huhuhu...ade lak court untuk bola tampar pantai...sambil-sambil berendam, g main bola tampar pantai...tapi gune bola nemo RM6 je beli kat tepi pantai...hahaha tapi sangat syiok...

Malam tu malam Jumaat...paman & ayah arrange doa selamat & tahlil utk keluarga kami yang telah meninggal dunia..after that jamuan makan nasi berlauk KFC...huhuhu...

Tanggal 24 Disember 2010, sangat malas bangun pagi sebab terasa sangat penat...huhuhu...tapi kene bangun gak, kemas barang coz nak check out kul11...nak rush balik untuk solat jumaat di masjid kampung...& petang boleh relax coz malam nanti ade lagi aktiviti untuk our beloved parent....TUNGGUUUUUUU......

Other facilities at Palm Springs Resort City, Port Dickson - An 18-hole Royal Palm Springs Golf Course, Club House, Club Village featuring the largest sand-bedded pool in Malaysia, children’s fun pool, a reflexology pool, jacuzzis, tennis courts, karaoke rooms. Extreme Park, Dewan Dato' Haji Abdul Samad that can support up to 1,000 pax, Conference Hall that can support up to 2,000 pax.
But, sad to say that the resort, the environments even the club village are not fully maintained..

beezz - holiday sampai tak hengat dunia...ahaks...

Selamat Pengantin Baru






Selamat Pengantin Baru to my best friend forever....Semoga kalian bahagia hingga akhir hayat....Dikurniakan zuriat soleh & solehah...Diberkati hiduP keluarga kalian & dirahmati oleh-Nya....

sakura - doakan sakura & fantaghiro Pun cePat bertemu jodoh ya...

Sekadar Untuk Renungan

BACALAH YASINRASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:


1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan..
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.. .
8.. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya..
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10.. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. .
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.


 

Untuk renungan semua.......


Siapakah orang yang sibuk ?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

 
Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

ShahzPutri

Oleh kerana Ahad lepas dok kemas-kemas bilik kan....so kemas la skali beg-beg harta karun aku...dok kemas tu, jumpe la wallet lame...ade plak terjumpe gambar kecik-kecik...dulu kan glamor gambar kecik-kecik, dok letak dlm wallet...hehehe....kenangan.....ni sume gambar mase di Matrix Shahputra, Pekan...zaman aku rase paling seronok dalam hidup adalah kenangan di zaman Matrix Shahputra ni....zaman ni la baru nak kenal dunia luar, baru nak blaja hidup berdikari jauh dari keluarga, zaman baru nak tentukan hala hidup masing-masing........


Inilah Geng Bilik 13 , Shahputri....Luv & Miss You All....

Ini Pijan & Issey zaman bercinta...alhamdulilah jodoh mereka kuat...maka mereka sudah berkahwin & dikurniakan seorang anak perempuan...Ayuni si comel.... :)


ni plak abang angkat aku & his girlfriend....dulu makwe la but now she is his wife....semoga kalian bahagia hingga akhir hayat.....


sakura : kadang-kadang kenangan pun buleh bangkitkan motivasi diri...

Saujana - Jendela Hati

Jendela Hati

Artist: Saujana
Song Category: Nasyid
 
Aku Ingin Hidup Secerah Mentari
Yang Menyinar Di Taman Hatiku
Aku Ingin Seriang Kicauan Burung
Yang Terdengar Di Jendela Kehidupan

Aku Ingin Segala Galanya damai
Penuh Mesra Membuah Ceria
Aku Ingin Menghapus Duka Dan Lara
Melerai Rindu Di Dalam Dada

Sedamai Pantai Yang Memutih
Sebersih Titisan Embunan Pagi
Dan Ukhuwah Kini Pasti Berputik
Menghiasi Taman Kasih Yang Harmoni

Seharum Kasturi Seindah Pelangi
Segalanya Bermula Di Hati Di Sini...
 
castellina : tengah mood lagu-lagu nasyid...mendamaikan...

Comel


ahaks....comel x....ini gambar untuk IC aku....gambar darjah 6 - bulan 4 tahun 1996...mula-mula nak buat IC...gambar IC skang dah kaler-kaler kan...dah cantek....hehehe...

My Collection




Inilah novel-novel kesayangan aku....Yang x jemu aku ulang bace di kala sepi...ahaks....ni 2 rak, 2 lapis tegak, 2 lapis lintang....ade lagi 1 rak - 1 lapis tegak....suke aku kumpul banyak-banyak....ni pun ade yang hilang x tahu la sape bace x simpan balik....kalau yg pinjam x pulang tu jangan banyak tanye la...huhu...

castellina : semalam kemas & susun by author & editor...

Mari Menyanyi

Date : 13 November 2010
Time : Malam Minggu
Venue : Alamanda
 Me - Dianz - Wantos

Duet - Dianz & Wantos

It's My Showtime....yeeehaaa...hehehe

hehehe....hari sabtu tu aku de exam kat Bandar Baru Bangi....so pas exam nak jumpe Wantos @ Wan Tomok kawan matrix aku kat alamanda...sebab aku nak beli Detox Foot Patch dari die...so aku ajak Diana @ Dianz skali...alang-alang dah jumpe, borak-borak kisah-kisah terkini & kisah-kisah lama serta kisah-kisah akan datang....sambil makan petang merangkap dinner, kitorang borak & borak & borak....pas makan, Wan & Dianz x sabar nak melalak...aku follow je...aku pun yg ajak Diana untuk hiburkan hati aku kan...hehehe....so aku pun join la melalak-lalak tu...pergh macam sedap sangat aku nyanyi....tapi boleh la...hahaha...pakat sume amik lagu patah hati je....hahahaha.....layannnn......

sakura : macam nak melalak lagi la....ahaks....

InHeart - Sakura

Sedang-sedang aku menelek-nelek lirik-lirik lagu nasyid kegemaran aku, tetibe aku jumpe plak lagu ni...x tau camne rentak lagu ni...sebab aku jumpe liriknya saja....hehehehe...enjoy the lyric... :)

 

 

Sakura

Album :
Munsyid : InHeart
http://liriknasyid.com


"Sakura"

(Japanese girl intro)

Separuh langkah bermula, mencari kisah sempurna
Dahulunya puncak akasia
Ku masih tertanya bila ia akan diwarna semula

Pre-chorus:
Hanya diri ini fahami erti
Romantisnya kisah meredahi dimensi
Diri ini jadi ironi
Tentuan ini semega misteri

Chorus:
Oh sakura, kembang mekar namun hanya seketika
Bertaburan jatuh penuh di angkasa, di sana
Sayu bila sedar ia tiada, di depan mata
Biarkanlah keindahan itu, kekal masih ada
Setia menunggu bagaikan diriku, percaya
‘Kan bersinar kembali sepertinya

(Japanese girl talks)

Pre-chorus:
Hanya diri ini fahami erti
Romantisnya kisah meredahi dimensi
Diri ini jadi ironi
Mekar sakura semega misteri

Chorus

Di dunia bukannya figura di syurga
Namun syukurlah dengan redha penuh rela

(Japanese girl outro)

*kalau ada yg salah, mohon teguran.. ^_^

ard_deep(at)yahoo.com
Sumber http://dari facebook
------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan lirik-lirik nasyid di http://www.liriknasyid.com
eXpresi PENYEGARAN diri
------------------------------------------------------------------------------------------
[submit 17/07/2010] . [ambil lirik] . [855 klik]

KANTOI sudey....



Patutlah..... On off.....PAUSE...

Patutla....Rase macam betul...Rase hati macam x betul....

Patutlah..... Tiba-tiba buleh mimpi yang menunjukkan situasi itu....

Patutlah..... Dah dekat tapi tidak diendahkan....

Patutlah.....Susah nak cakap......

Patutlah.......

sakura : owh i c & i understand d situation....Please calm down....

. . . WARNING. . . BEWARE. . .


Hehehe....Serram x tgk button bagde kat atas nu....ahaks....xde la bad sangat...just hilang mood sikit hari ni...Maybe because off too many works to be done or i didn't fully rest on weekend...N all of sudden i got the news that is so shocking....

sakura : whaaattttt???!!!!

Nidji - Hapus Aku

 
Kutuliskan kesedihan
Semua tak bisa kau ungkapkan
Dan kita kan bicara dengan hatiku

Buang semua puisi
Antara kita berdua
Kau bunuh dia sesuatu
Yang kusebut itu cinta

Chorus:
Yakinkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku…

Sadarkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku… 

castellina : nape aku add lagu ni dalam blog aku? hmmmm

PUAS HATI....!!!!

Wah tengok tajuk macam takut sangat je kan....Teman x marah...Ish buat ape nak marah-marah...Sia-sia teman belum kawin dah kene darah tinggi nanti...Ahakssss.....

Al-kisah.....Maka tersebutlah kisah....~tayyibbb~

Lepas Perhimpunan Perdana JMB yang teman hadiri, teman g le Karnival Buku Alaf 21...Teman main terjah je...mule-mule teman g Kompleks PKNS Shah Alam....hahaha tu la, tau ade karnival tapi x amik tau tampat....kan dah salah....kah kah kah....

Maka kami tepon la kawan baik teman yang hantu novel juge macam teman....Ghupenye karnival tu kat pejabat Alaf 21 le....kat Seksyen 16...ayok...kat mane tu...Kalau x cube, xde pengalaman kan yob....Jadi teman dengan beraninya menerjah tempat yang teman x tau kat mane...Ikut je le signboard yang ade...cobaan pertama - gagal - call kawan teman...cobaan kedua - gagal juge - call lagi...hampir gagal misi kali nampaknya.....tapi berkat ketidakputus asaan teman, teman gagahkan juge mencari Jalan 16/16...

YEAHHHH.....!!!!! Teman jumpe akhirnye...idak le susah sangat tempat tu...hahaha...Masih ade 1/2 jam untuk teman membelek & memborong novel-novel pujaan hati teman.... Tapi kan, teman lepak sampai kul 5.15 pun depa x halau...Peniaga mane yang suke nak halau Pembeli yang dapat memberi untung pada perniagaannya...ye x? hehehe...

Makanya teman telah memborong 6 biji novel....3 novel lama - sebab novel tu hilang - sape la pinjam x pulang???!!!!grrr...

So tunggu la view novel-novel tersebut setelah teman khatam ye.... :)

 





Perhimpunan Perdana JMB Selangor

Date : 31 Oktober 2010
Venue : Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Agenda : Perhimpunan Perdana JMB Seluruh Selangor.




Bergambar di booth yang CANTIK... (^^,)

Antara Pengunjung yang hadir ke booth COB MDKL

Bengkel II

Ketua Unit melayan Pengunjung di booth pameran

DOSH

MDKS + MDHS + MDSB + MPSepang

MPKajang

Pameran oleh MBPJ

Lawatan YB Iskandar ke booth COB MDKL

Antara Urusetia - Penjawat Awam Bahagian COB seluruh PBT Selangor

viva : selamat berbengkel...

~ You Drive Me Crazy ~


Dulu before boleh drive sendiri, slalu dengar mak ayah abang kakak aku membebel sendiri bile driving...n now aku pulak yang rase.....grrrr....antara perkara yang buat aku me****** sendiri dalam kereta....asyik kurang pahala jerk kalau driving...arghhhh...

1. Suke-suke masuk simpang, masuk lane lain tak bagi signal dulu......grrrr...

2. dah masuk lane laju, tapi bawak slow....

3. Kununnye bile kat blakang, kemain mcm nak laju, siap cucuk-cucuk keta aku....tapi bile die kat depan, same hampeh bawak slow.... @%>?!!

4. Kalau tempuh jem tu, x leh lah nak marah mende...huhu

5. Lori & bus yang x reti depa tu kenderaan berat @ besar, main nak lepak tengah bawah laju-laju...lagi-lagi kalau kat highway tu....pergh punya pecut kat lane tengah x hengat dunia...skali terlanggar divider, jatuh terbalik hempap keta orang...pastu plak nak salahkan jalan, keta lain, angin lintang la bagai...huh @&%>#?!!!

6. Lori yang x reti nak dok lane kiri mase kat traffic light..(kalau memang die nak masuk simpang kanan, diampunkan la)...wah mcm nak laju sangat bile dah hijau...terkemut-kemut mcm ..... kalau lane sebelah xde mende x pe juge...ni dua-dua lane depa la dok....arghhh....

7. Ni lagi satu sengal...suke-suke bawak keta x hengat dunia...dah la laju, main celah-celah...serram siut...


sakura : hmmm....ade lagi x yang tertinggal?

Zoo Day

Ahaks...dah lame x g Zoo Negara nih...so saje amik kesempatan mengikut rombongan Tadika anak menakan teman ke Zoo Negara 16 Oktober 2010 yang lepaih...Mak nye merangkap kakak aku le, nak bawak sume anak-anak die...Sudahnya teman kene le jadi peneman merangkap penjaga budak-budak nih....Elaun ? kene la tuntut dengan kakak teman.....keh keh keh




beezz : eh gambo teman xde ghupenye....

Tahniah

Tahniah to my only younger sister...On 14th October 2010 is her convocation day...Diploma Sains Komputer from Kolej Shahputra twinning program with UpM...sikalang dia sambung degree at UMp...

Bengkel COB

Date : 04 - 06 Oktober 2010
Venue : Hotel Avillion Legacy Melaka

Pada tanggal tersebut, berlangsunglah Bengkel Pemahaman Akta 663 dan Akta 318 di Melaka yang mana ia mengumpulkan penjawat-penjawat awam bahagian penyelarasan Pesuruhjaya Bangunan seluruh negeri...Selain mendapat ilmu, peserta juga berkenal-kenalan dengan rakan-rakan sejawat dari PBT yang lain...Bahkan bertukar-tukar pendapat tentang pengalaman dan masalah-masalh yang dihadapi berkenaan tugas masing-masing...

Semoga bengkel ini mengeratkan ukhuwah di kalangan kami & memberi ilmu lebih bermanfaat buat kami.

Antara Peserta Kursus dari PBT Seluruh Negara

Semasa Bengkel

Bertukar-tukar Pendapat & Masalah Serta Jalan Penyelesaian

Antara rakan-rakan sejawat

Bersiar-siar di sekitar Bandar Melaka
viva : sambil menyelam minum air, sambil berbengkel kita merehatkan minda.... :)

Ku Pohon



jika seseorang menyakiti kita,

tulislah tentang kesakitannya di atas pasir,

supaya tiupan angin kemaafan bisa memadamkan keperitannya…

tetapi, jika seseorang berbuat baik kepada kita,

ukirlah tentang kemanisannya di dalam hati,

supaya tiada apa yang bisa menghapuskannya…

sakura : seribu kemaafan buatmu

Fasting Month 2010

Alhamdulillah...genap sebulan kita berpuasa..kini ramadhan sampai ke penghujungnya...semoga kita mendapat keberkatan ramadhan yang bakal meninggalkan kita tidak lama lagi....

saje je pun upload aktiviti buka puasa sepanjang ramadhan...buka puasa di rumah, x kan nak amik gambar kan...hehehe....ok enjoy

Bermula pada 24 Ogos 2010 bertempat di Golden Palm Tree Sepang Gold Coast.

Jemputan berbuka di Pullman Putrajaya -02 September 2010-...Alhamdulilah, tempat cantik, makanan sodap...

03 September 2010 pula di Bukit Kemuning Golf & Country Resort.

05 September 2010 berbuka bersama keluarga di Masjid Sultan Mizan @ Masjid Besi Putrajaya.

sakura: buka di Iceroom x amik gambar pulak... :)