Salam Eidul Fitri

Andai tangan tak sempat berjabat
Andai raga tak bisa bersua
Andai kata terguris rasa
Semoga pintu kemaafan masih terbuka
Salam Eidul Fitri
Maaf Zahir & Batin
~Shila Firdaus~

Raya tahun ni actually adalah tahun pertama kami beraya as suami isteri. Namun ku tabahkan hati demi masa depan keluarga kami, kerana suami tercinta tidak dapat pulang beraya bersama. Sedih memang sedih. Sedih sangat, bangun tido pagi raya, msj morning to husband pun dah meleleh-leleh air mata. Belum lagi bercalling-calling wish raya & mohon maaf, berjujai-jujai air mata ku. Bermaafan dengan keluarga, semua ahli keluarga beri kata semangat untuk aku tabahkan hati - nanti Firdaus balik, doakan yang terbaik untuk dia. Huwaaaa makin pecah empangan airmata ku ini sampai lencun tudung aku lap airmata. Huhu.

Insyallah dipanjangkan usia, semoga kami dapat beraya bersama tahun hadapan.

03.02.2012

Alhamdulilah.... Selamat sudah majlis yang dinantikan selama 8 bulan... Akhirnya telah disatukan 2 hati berkasih dalam cinta yang satu....

Alhamdulilah.... Dengan sekali lafaz akad nikah, aku telah sah menjadi isteri kepada seorang lelaki budiman, kaya budi bahasa, kaya kasih sayang.....
Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan kami suami isteri....

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha pemurah lagi pengasih.... Titipkanlah kasih sayang yang suci antara kami.... Tiupkanlah perasaan cinta yang Engkau redhai kepada kami.... Jauhilah hubungan kasih sayang kami daripada fitnah manusia, fitnah dunia, perasaan cemburu iri hati.... Sentiasakanlah Engkau memgharum segarkan hariman cinta kasih sayang antara kami.... Redhailah perkahwinan kami & rahmati serta berkatikanlah kehidupan kami.... Subhanallah....

Sayang cayang abang.... 😚