ibuprofen

Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal) merupakan isyarat perubatan biasa dengan cirri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan .Peningkatan pada titik set ini mencetus ton otot dan menggigil.

Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bacteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius. Kecuali demam yang tinggi, rawatan biasanya tidak diperlukan, bagaimanapun, ibuprofen adalah berkesan bagi menurunkan suhu badan.

Demam berbeza daripada hiperthermia luar kawal, biasanya dirujuk hanya sebagai hiperthermia, dari segi hiperthermia merupakan peningkatan suhu badan melebihi titik set pengawalansuhu badan, akibat penghasilan suhu melampau/ pengawalan suhu yang tidak mencukupi.

TANDA-TANDA / GEJALA

  1. Badan panas bila disentuh
  2. Pernafasan meningkat
  3. Muka menjadi merah
  4. Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur
  5. Resah gelisah
  6. Tiada selera makan
  7. Menggigil
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL
  1. Biarkan pesakit berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.
  2. Pakaikan pakaian nipis.
  3. Beri minum air yang banyak.
  4. Beri ubat menurut arahan
  5. Mandi berjelum (mandi lap) jika suhu melebihi 380C.
AMARAN
  1. Anak anda mempunyai suhu yang tinggi kerana suhu yang tinggi berpanjangan boleh mengakibatkan sawan.
  2. Demam yang berlarutan melebihi 3 hari, terutama sekiranya terdapat lapuran kes demam denggi, malaria atau sebarang penyakit bawaan nyamuk dikawasan sekitar.

beezz : semalam beli IBUPROFEN kat farmasi.



Banting Superbowl


Tempat Kejadian : Banting Superbowl
Tarikh Kejadian : 25 May 2010
Waktu Kejadian : 6.00 - 7.15pm
Perasaan Semasa Kejadian : Sangat Gembira, Seronok, Happening...
Harapan Selepas Kejadian : nak maen lagi..cadangan untuk aktiviti bulanan..huhu
beezz : ade berani? hehe

Ruang Rindu


i LOVEEEEEEE this novel...hehehe....jalan cite yang ok..walaupun xde konflik besar..tapi jalan cite nice, smooth n healthy...hehehe...point utama cite ni ~bagi pandangan aku la~ kita akan rasa kehilangan & sayang sesorang tu bile die xde depan mata..time ade tu, pergh x hengat nak marah la, nak kutuk la, itu la ini la..serba serbi x kena...bile xde, mula rindu la, ade je x kena sebab asyik pikir hal org dah xde tu je...

dalam cite ni, xde la sampai hero tu dah xde, mati ke..idak le...tapi heroin cite ni seorang tomboy...kire memang kalau mak mertua nak cari menantu pun, pk byk kali la gak nak terima ke x nak kan...dalam pada tomboy, perangai kasar, ganas, terselit gak naluri seorang wanita...dah asal kejadian pun sebenarnya seorang PEREMPUAN kan..fitrah x leh ubah..name pun DAYANG CAMELIA..x sikit punya feminin ke name tu..hehe

so even dah kawin, tetap die buat perangai tomboy die tu...tapi xpe..suami die ni la sikit punya sayang la kat die ni ha..x kisah pun die marah ke, wat x tau je ke...de gak part2 yang membuatkan aku tersenyum2 sorang2...hahaha mcm real je jalan cite ni..n maybe memang ade d real story d sebalik sebuah novel kan...hehe...n bile part Camelia ni sedih sebab rindu gile kat suami die yang outstation, aku dpt rase feel tu...hehehe..betapa jiwangnya aku ni..keh keh keh..

so over all, i love d story...happy ending..~tapi pernah ke novel sad ending?~ hehehe...ade gak yang hero mati..tapi bersebab la, sakit...klu cinta x kesampaian tu, rase aku x pernah lagi jumpe..hihihi...so, kaki2 novel sekalian, enjoy ur reading...x rugi aku suggest cite ni..hihi..

beezz : novel aku pinjam,..dah tau best baru beli..hahaha ~baca dahulu, beli kemudian~

ATM Machine


Semalam g cucuk duit...dengan senang hati ke ATM yang tiada org panjang beratur..
rupenye susah nak gune..
sebab ape?
ATM skang kan sume gune touch screen...
x tau la aku salah tekan ke, salah cucuk jari ke...x dpt detect..geram betul..2 kali aku batal, try lagi skali pun x dapek gak..terpaksa gak la beratur ke ATM yang agak panjang que nye...
ish..dari buleh cepat jadi lambat gak..


ATM jenis lame, button di tepi..gambar ATM skang x dapat cari plak..hehe :)

beezz : canggih sangat la kununnya....

Ke Pelabuhan Anak Lelaki Dick


Tanggal 22 Mei 2010. Jam 9.30 pagi bertolak dari rumah menuju ke Pelabuhan...


Tiba jam 11 pagi..Singgah sebentar di Permaisuri Resort, Lagoon Blue.

Jumpe kawan + melawat kawasan. Tempat yang cantik.cozy. sesuai untuk bersantai, berehat seisi keluarga.kawasan pantai yang lapang dan nyaman.sesuai untuk aktiviti riadah pantai.



Lunch di Telok Kemang. . .di tepian pantai. . .
berehat di tepi pantai..nyaman...aman damai. . .


agak-agak dah redup, mula la berendam...


banana boat, i'm coming...yeah...huuuuuhuuuuu.......

Pulang jam 6 petang..selepas pekena mee bandung muar...perghhhhhh pedas gile....menangis2 makan...tapi superb sedap...mmmmuahhh...


beezz : Cuti-Cuti Malaysia...Cuti Dalam Negara... :)

Layang-layang Bertali Kaca

SINOPSIS :~

Manja, si anak kecil Tengku Shariman yang dikurung dalam sangkar emas sering bermimpi dapat bermain layang-layang sepuas hati. Apabila dia mendapat peluang dengan bantuan Pak Jusuh, pemandunya, kesempatan itu digunakan sepenuh hati.

Sesekali dia melihat layang-layang itu mundur dan sesekali maju. Kadangkala dia terkejar-kejar dan kadangkala dia cuma berdiri tegak. Ketika itu barulah Manja tahu, mengendalikan layang-layang bukanlah mudah.

Tidak bijak menganggar, layang-layang akan terjunam. Tidak pandai memegang tali, layang-layang akan mati. Hidup bagi Manja, seperti layang-layang. Memerlukan kebijaksanaan, memerlukan kesabaran.

Bagi Manja, bermain layang-layang adalaj satu kebebasan yang hakiki. Di padang itu dia boleh berlari, terbang bebas sepuasnya. Dan di situlah dia bertemu cinta sejati...


Layan novel ni 2 hari...since novel pinjam, kene la habiskan cepat2...hehehe....

buku nampak tebal, tapi isi padat..satu bab ke satu bab...satu kisah ke satu kisah yang pada mula nya seperti tiada kaitan...

namun d pengakhiran cerita, penulis merungkaikan kesimpulan yang merangkaikan kisah2 awal...

Secara keseluruhan cite, ok...coz saya x bace tergantung ~ x abis bace then tinggal mcm tu je...hehe..


beezz : tengah gian nak borong novel...list semakin panjang.. :)

Suatu Petang


kring kring...




deringan telefon memecah keheningan petang...sambil bermalasan aku bangun, tidak mahu si pemanggil menunggu lama di talian...




"ish tengah best layan ADAMAYA ni.."




"hello"..aku memulakan bicara sambil mata masih terpaku pada kaca televisyen, tidak mahu ketinggalan walau sesaat.. :)




"hello...tuan haji ade?" si pemanggil menjawab..




"ade..siapa ni?" aku bertanya sekadar prosedur biasa untuk mengetahui siapa pemanggil dan tujuan panggilan...wah macam kat office pulak...hehehe...supaya senang nak menjawab nanti kalau dah interview pemanggil siang-siang..hehehe




"saya nak sewa rumah...tuan haji suruh telefon jika mahu datang tengok rumah," jawab si pamanggil lagi..




"owh, sebentar ya."




'alhamdulillah dah ade orang nak sewa rumah.x perlu tunggu lebih lama nak dapat penyewa baru' fikirku sambil berjalan menuju ke bilik paling hadapan untuk memanggil ayahku.




"pak," panggil ku sambil mengetuk pintu bilik dengan nada yang begitu perlahan.tidak mahu bapaku terkejut dari tidur. Pada firasatku bapaku sedang berehat-rehat menjelang waktu maghrib sebelum ke surau.




"ya," bapaku menjawab.



perlahan aku menolak pintu bilik.




"ade orang telefon nak tengok rumah sewa".




"owh, ok," bapaku lantas bangun dari kedudukannya sambil mengesat-ngesat mata.

aku yang memandang tingkah bapaku terkedu...




gulp...




bapaku bukan sedang tidur atau bermalas-malasan di atas katil...




tetapi sedang duduk bersendirian melihat album-album lama..aku kenal album-album tu...!!!

album kenangan zaman anak-anaknya masih kecil...




kenangan paling indah dalam hidupnya barangkali...



owh...mengapa aku terus terasa sayu. . . .




beezz : bila bahagia akan menjelma kembali. . .

Tribute to Pak Itam @ Atok Busu


Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu


Al-Fatihah....
dari-Nya kami datang, kepada-Nya juga kami kembali...

Pakcik kepada ibuku kembali kerahmatullah - petang Rabu, 12 May 2010..

Pernah sakit terbaring lama, hampir nazak tapi alhamdulillah Allah panjangkan umurnya, sihat kembali....

Namun janji-Nya tidak pernah cepat, tidak pernah lewat walau sesaat...
Kun Faya Kun...

Atok yang sangat baik, penyayang, mesra alam...

Atok selalu jadi tetamu pertama setiap tahun pada pagi hari raya...
(selepas semua cucunya dah besar panjang, sudah tidak berkonvoi utk beraya) :)

Kurang pendengaran kerana bekerja d kilang besi & lombong bijih pada suatu masa dulu, selalu iye kan sahaja apa yg dicakapkan...
sebab kalau balas ckp pun bukan die dengar..hehehe..


beezz : semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman hendaknya....Al-Fatihah

Selamat Hari Ulangtahun

Today is Wednesday... 12th MAY 2010. . .
Happy Birthday to my MUM....my BELOVED MAMA....
Thanks for your constant encouragement & support to me. . .
Thanks for giving me so much love. . .
Hope u r in good health & happy forever. . .
Love u so much. . .



beezz : Allah selamatkan ibuku....Allah rahmati ibuku...






Seindah Sakura


Last week i beli ini novel...Dah lame sgt x beli novel baru...Tangan sgt gatal utk beli novel..SO belek punya belek punya belek segala novel baru & lama kat kedai buku, i pun decide utk beli novel ini...tajuk pun
SAKURA, so i agak tertarik..hehe..

Watak utama adalah Shakira...Jalan cerita berkisar tentang Shakira, seorang anak yatim, yang menjaga neneknya yang sudah uzur. Bagaimana Shakira membesar dari seorang gadis remaja yg penuh konflik sejak dari zaman sekolah sehingga berjaya menjadi novelis & akhirnya bahagia dengan cintanya..

Jalan cerita ok..cuma bagi i, agak longgar..Tiada sebarang kejutan yang memberangsangkan, tiada plot yang betul2 boleh buat perasaan ni
geram or sedih sampai menitik2 air mata, or berdebar2 ape akan jadi seterusnya...Coz i x terikat utk membaca novel ini dari mula bacaan sehingga ke helaian yang terakhir...Klu betul2 ia boleh tarik i, i akan baca walau 1 mlm x tido utk habiskan bacaan...hehehe...Cerita tentang cinta sejatinya x diceritakan dgn dahsyatnya- bila berputik, bila ia berkembang walaupun mereka terpisah beribu2 batu jauhnya, bagaimana mereka boleh saling tertarik...

Tapi secara keseluruhan cerita, ok..
lagi pun i dah habis baca...hehehe...selamat membaca....!!!

beezz : Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar. ~SEINDAH SAKURA~

Budaya 5S Amalan Harian


hye everyone...my name is Sakura...today i want to share a story about 5S...what is 5S? 5S is the name of a workplace organisation that uses a list of five Japanese words which are Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke.. SISIH -> SAPU -> SUSUN -> SERAGAM -> SENTIASA AMAL. .


Amalan 5S ni dah lama wujud..& office kami baru dapat sijil amalan 5S ni last year...sijil kene renew every year..so this year, hari ni la auditor 5S dtg untuk memastikan kami masih mengamalkan & menambahbaik aktiviti 5S kami ni..


sebelum menghadapi hari ini, auditor dlm byk komen pasal opis kami la..slalu kene tegur- office baru tapi xde mende (keceriaan) lagi..ha ape lagi..sempena MPC nak audit utk renew sijil 5S ni, kami pun beria2 la membuat aktiviti 5S di pejabat kami...nak tgk hasilnya yg sgt memberangsangkan? hehe...dah selesai semuanya, kami sgt lega & teruja tgk office sendiri..cantik la gak walaupun org maybe ckp - biase je..hehehe...so enjoy d pictures..


ini adalah keadaan dlm almari alatulis..sebelum dikemaskini mengikut amalan 5S.

keadaan selepas di kemas..cantik kan...hehe :P


sgt seronok tgk hasil kreativiti sendiri.. :)



bos pun turun padang beb...hehehe.. :)


maka inilah hasilnya...hehe


beezz : BUDAYA 5S AMALAN HARIAN. . . sila JANGAN praktikkan S yg ke-6 - SOROK (^_^')

9/10 Rezeki

Selamat Pagi CinTa..!!!hehehe...

pagi tadi semasa nak siap2 g keje, dgr la tazkirah sikit...kat TV9 -kini kau di hatiku... (^_^)
tajuk berkenaan 9/10 rezeki..berkaitan perniagaan la, yang mana 9 daripada 10 punca rezeki di dunia ini adalah daripada perniagaan...nasihat2 untuk perniagaan yg mabrur...antara inti pati yg didengari,
jgn la berniaga benda2 yg kotor, berniaga kene bertolak ansur, jgn menipu, jgn mainkan sumpah lillahitaala utk lariskan barangan....

so tiba la masa sesi soaljawab...sorang penonton bertanya... "ustaz, bolehkah ustaz berikan sedikit tips untuk menarik ramai pelanggan dan memajukan perniagaan?"

lalu ustaz pun menjawab : solat jgn tinggal. . . banyakkan solat dhuha untuk murah rezeki. . . setiap mlm atau pagi, baca surah Al-Waqiah. . . banyakkan beristighfar- kalau nak tarik ramai pelanggan, kalau xde isteri nak isteri pun banyakkan istighfar, kalau belum ade suami pun nak suami banyakkan beristighfar, kalau nak kawen lebih dari satu xpasti la saya- ustaz yg ckp..hehe..mase ni aku tersenyum je... :)

lagi? senyum selalu pada pelanggan - jgn muka masam je, peramah dengan pelanggan - banyak mulut sikit, jgn berbohong, bertolak ansur dlm perniagaan...insyallah, berkat & ramailah pelanggan kita...

beezz : renung2kan & selamat beramal... :)