Prinsip 11 S

^^,
Sekarang tengah mood baca buku-buku motivasi tentang kekeluargaan...masuk la satu bab ni...macam best untuk sharing...so ku titipkan di sini untuk tatapan semua...hope bermanfaat buat kita semua... :)

S1 - Syariat
* Pilihlah pasangan hidup kita di kalangan orang yang mengambil berat soal hukum-hakam dan syariat agama. Semoga hidup kita bahagia sehingga ke alam akhirat di samping dapat melahirkan zuriat yang soleh solehah.

S2 - Salam
* Amalkan memberi salam setiap kali hendak memasuki rumah agar jin dan syaitan yang berada di luar rumah tidak dapat mengganggu keharmonian keluarga kita.

S3 - Senyum
* Berikanlah senyuman kepada pasangan kita kerana ia adalah sedekah yang paling mudah untuk diamalkan tetapi dijanjikan ganjaran daripada-Nya. Hanya dengan senyuman, ia dapat mententeramkan jiwa yang duka serta melegakan tekanan yang ada.

S4 - Sabar
* Sesungguhnya, sabar itu adalah sebahagian daripada iman. Oleh itu, bersabarlah sekiranya ditimpa musibah dalam perhubungan atau keluarga. Dengan banyakkan bersabar, kita dapat berfikir dengan tenang dan bertindak dengan penuh matang. Ingatlah bahawa Allah S.W.T sentiasa bersama-sama dengan golongan yang sabar.

S5 - Serasi
* Carilah keserasian yang wujud antara kita dan pasangan. Bukanlah bermakna mempunyai sikap yang sama dengannya...Tetapi lebih menjurus kepada sikap saling memberi dan menerima setiap kelebihan serta kekurangan yang dimiliki. Wahai manusia, tiada yang diciptakan sempurna melainkan Dia Yang Maha Esa.

S6 - Sayang
* Sayangilah pasangan kita dengan seikhlas hati agar mereka juga menyayangi kita sepenuh jiwa dan raga. Tunjukkan kepada mereka cara kita mengasihi sama ada dengan belaian manja atau keprihatinan terhadap kebajikannya. Semoga mereka tahu kehadiran mereka di sisi kita bukan sekadar untuk disayangi tetapi juga sangat dihargai.

S7 - Seks
* Hubungan seks bersama pasangan adalah dihalalkan apabila telah terlafaznya ijab dan kabul. Maka, jadikan hubungan intim kita itu satu perkara yang paling menyeronokkan, bukannya mengerikan. Bergurau senda sebelum dan semasa berhubungan intim amatlah digalakkan. Selain dapat mewujudkan kemesraan, ia juga boleh menghilangkan rasa gemuruh yang menghantui diri. Sebagai muslim sejati, kedua-dua pasangan hendaklah membaca doa sebelum bermulanya hubungan itu agar tidak diganggu syaitan dan zuriat yang bakal dilahirkan nanti terdiri daripada golongan yang soleh.

S8 - Sempurna
* Sempurnakan semua perkara yang menjadi keperluan pasangan dan ahli keluarga kita. Ini demi mengecapi hidup yang lebih sempurna disulami dengan rasa cinta dan kasih sayang yang tiada tolok bandingnya.

S9 - Syukur
* Syukur itu merupakan tanda terima kasih kita kepada Allah S.W.T di atas semua nikmat kurniaan-Nya. Dengan itu, bersyukurlah kerana kita dianugerahkan pasangan dan keluarga walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Sesiapa yang tidak bersyukur dengan nikmat yang sedikit, sudah pasti tidak akan bersyukur juga apabila dilimpahi nikmat yang banyak.

S10 - Sejahtera
* Hidup akan aman sejahtera seandainya kita saling berusaha memupuk kebahagiaan bersama-sama. Usah mengharapkan sebelah pihak sahaja yang perlu memainkan peranan. Setiap langkah dan usaha untuk menaikkan taraf kehidupan kita menjadi lebih harmoni amatlah diberkati Allah S.W.T.

S11 - Selamat
* Apabila bahagia yang tercipta berasaskan panduan hidup yan betul dengan menjunjung tinggi syariat Islam, kehidupan kita sekeluarga pasti akan selamat di dunia dan akhirat. Terapkanlah konsep amar ma'ruf nahi munkar di dalam setiap langkah kita di dunia ini demi menghindarkan diri daripada azab api neraka.

~cr to : Doa & Tips Keluarga Bahagia - Norlela Ibrahim - Karangkraf ~

No comments: