Melur Bunga IVY


Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini.
Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.
Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.
Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya?
Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida?

___________________________________________________________________________

Melur Bunga IVY mengisahkan tentang Khalida yang disisih keluarga dan didendami oleh ayah sendiri dek kerana menukar agama Kristian ke agama Islam yang suci & murni...Telah berkahwin dengan seorang pemuda yang begitu menyayanginya dan membimbingnya ke jalan yang diredhai...namun bahagia cuma seketika...kebahagiaannya diragut akibat kemalangan yang menyebabkan kematian suami tersayang...ayahnya seorang tokoh korporat yang sgt terkenal lagi disanjungi yang membuat onar, yang memporak-perandakan kehidupan Khalida...Khalida pulang ke Malaysia dengan bantuan ibu saudara & sepupunya yang sangat memahami dirinya..di Malaysia, dia menetap di Johor Bahru kerana tidak mahu mendekati keluarganya sendiri selain dari mahu mencari keluarga suaminya yang tidak pernah ditemui sepanjang perkahwinan mereka....
Bermula kisah di mana Azam (abang suaminya) mulai jatuh cinta & sangsi dengan agama Khalida...kerana dia menganggap yang Khalida sudah murtad semula....masa die jatuh cinta pun, die belum tahu yang Khalida ni balu kepada adiknya yang meninggal dunia akibat kemalangan di luar negara...namun pertemuan demi pertemuan yang sengaja & tidak sengaja yang membuatkan mereka rapat & akhirnya Azam tahu siapa Khalida sebenarnya...
Maka konflik pun berlaku yang mana Khalida sangsi samada Azam benar2 mencintai nya atau sekadar sayang kerana simpati dengan nasibnya...namun Azam tahu isi hatinya yang sebenar yang begitu menyayangi Khalida dan benar2 mahu mengahwini Khalida...
Selain konflik perasaan antara mereka berdua, konflik juga antara bapa Khalida dan Khalida...bapa Khalida dah dpt jejak Khalida, so die nak hancurkan lagi hidup Khalida...bapanya x dpt terima hakikat yang Khalida memeluk agama Islam & berkahwin tanpa restunya....Khalida cabar bapanya kerana bapanya juga berkahwin dengan ibu Khalida dgn cara membawa lari & memurtadkan ibu Khalida...nak dijadikan cerita, ibu Khalida tu adalah adik tiri ibu Azam....what a small world... :)
Normal cerita, mesti happy ending...Khalida akhirnya menerima pinangan Azam...tapi surprise buat Azam kerana x siapa beritahu yang Khalida dipinang oleh mak Azam utk Azam..Azam boleh pengsan plak bile ade org minta bergambar dgn tunangnya (Khalida)..hehehe..

castellina : Cerita ini sangat menarik & sangat menerujakan saya... :)

2 comments: