MS ISO 9001:2008


Apa itu ISO?

• ISO ialah satu nama samaran bukan akronim untuk International Organisation For Standardisation. Ia adalah sebuah badan bersekutu yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard di negara masing-masing. Ia ditubuhkan pada 27 Februari 1947 dan beribu pejabat di Geneva Switzerland.



Objektif Perlaksanaan MS ISO

• Menyediakan sistem kerja yang berteraskan amalan pengurusan yang efektif



Faedah MS ISO 9000

• Mudah untuk merancang kerja, penggiliran dan penggantian kerja;

• Mengurangkan tindakan pembetulan yang diambil selepas berlakunya sesuatu masalah kerana staf dibekalkan dengan prosedur-prosedur dan arahan kerja yang lengkap;

• Membolehkan organisasi mengenal pasti tugas-tugas yang patut dijalankan serta memperincikan langkah-langkah yang perlu di ambil;

• Memberi kaedah bagi mendokumenkan secara tersusun amalan pengurusan dan cara bekerja;

• Membolehkan staf menjalankan tugas mereka dengan betul pada kali pertama dan seterusnya serta dapat mendisplinkan mereka dalam pekerjaan;

• Membolehkan pihak pengurusan membuat keputusan dengan lebih baik melalui maklumat penting hasil daripada audit dalaman, semakan pengurusan dan kawalan dokumen.



Pengenalan MS ISO 9001:2008

• Pelaksanaan standard MS ISO 9000 adalah bertujuan untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan yang memberi fokus kepada kehendak dan ekspektasi pelanggan.

• MS ISO 9000 adalah merupakan satu standard bertulis yang menetap dan menyenaraikan keperluan-keperluan asas yang perlu ada dalam Sistem Pengurusan Kualiti sesebuah agensi bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan.

• MS ISO 9000 mengkehendaki agensi mengenal pasti kehendak pelanggan, menyediakan latihan yang sesuai dan secukupnya bagi anggota yang terlibat dan menjalankan pengauditan bagi memastikan keberkesanan proses-proses tersebut mencapai matlamatnya.

• ISO 9000 kini digunakan di lebih 150 buah negara di dunia. Di Malaysia, Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) adalah badan yang bertanggungjawab terhadap siri ini.

• Pada bulan Oktober 2008, ISO telah mengeluarkan Standard ISO 9001:2008 yang merupakan penambahbaikan kepada standard IS 9001:2000. Penambahbaikan ini meliputi penerangan dan penjelasan yang lebih terperinci terhadap beberapa keperluan standard tertentu.

viva : sedang membuat persiapan rapi untuk audit ISO pada 5 & 6 Ogos 2010....

2 comments:

MadaM LaLa said...

salam madam singgah sini
n mohon share info ini di blog madam ye...

SakuraBeezz said...

ye silakan..asalkan bermanfaat, boleh sebar2 kan... :)