9/10 Rezeki

Selamat Pagi CinTa..!!!hehehe...

pagi tadi semasa nak siap2 g keje, dgr la tazkirah sikit...kat TV9 -kini kau di hatiku... (^_^)
tajuk berkenaan 9/10 rezeki..berkaitan perniagaan la, yang mana 9 daripada 10 punca rezeki di dunia ini adalah daripada perniagaan...nasihat2 untuk perniagaan yg mabrur...antara inti pati yg didengari,
jgn la berniaga benda2 yg kotor, berniaga kene bertolak ansur, jgn menipu, jgn mainkan sumpah lillahitaala utk lariskan barangan....

so tiba la masa sesi soaljawab...sorang penonton bertanya... "ustaz, bolehkah ustaz berikan sedikit tips untuk menarik ramai pelanggan dan memajukan perniagaan?"

lalu ustaz pun menjawab : solat jgn tinggal. . . banyakkan solat dhuha untuk murah rezeki. . . setiap mlm atau pagi, baca surah Al-Waqiah. . . banyakkan beristighfar- kalau nak tarik ramai pelanggan, kalau xde isteri nak isteri pun banyakkan istighfar, kalau belum ade suami pun nak suami banyakkan beristighfar, kalau nak kawen lebih dari satu xpasti la saya- ustaz yg ckp..hehe..mase ni aku tersenyum je... :)

lagi? senyum selalu pada pelanggan - jgn muka masam je, peramah dengan pelanggan - banyak mulut sikit, jgn berbohong, bertolak ansur dlm perniagaan...insyallah, berkat & ramailah pelanggan kita...

beezz : renung2kan & selamat beramal... :)

No comments: