Suatu Petang


kring kring...




deringan telefon memecah keheningan petang...sambil bermalasan aku bangun, tidak mahu si pemanggil menunggu lama di talian...




"ish tengah best layan ADAMAYA ni.."




"hello"..aku memulakan bicara sambil mata masih terpaku pada kaca televisyen, tidak mahu ketinggalan walau sesaat.. :)




"hello...tuan haji ade?" si pemanggil menjawab..




"ade..siapa ni?" aku bertanya sekadar prosedur biasa untuk mengetahui siapa pemanggil dan tujuan panggilan...wah macam kat office pulak...hehehe...supaya senang nak menjawab nanti kalau dah interview pemanggil siang-siang..hehehe




"saya nak sewa rumah...tuan haji suruh telefon jika mahu datang tengok rumah," jawab si pamanggil lagi..




"owh, sebentar ya."




'alhamdulillah dah ade orang nak sewa rumah.x perlu tunggu lebih lama nak dapat penyewa baru' fikirku sambil berjalan menuju ke bilik paling hadapan untuk memanggil ayahku.




"pak," panggil ku sambil mengetuk pintu bilik dengan nada yang begitu perlahan.tidak mahu bapaku terkejut dari tidur. Pada firasatku bapaku sedang berehat-rehat menjelang waktu maghrib sebelum ke surau.




"ya," bapaku menjawab.



perlahan aku menolak pintu bilik.




"ade orang telefon nak tengok rumah sewa".




"owh, ok," bapaku lantas bangun dari kedudukannya sambil mengesat-ngesat mata.

aku yang memandang tingkah bapaku terkedu...




gulp...




bapaku bukan sedang tidur atau bermalas-malasan di atas katil...




tetapi sedang duduk bersendirian melihat album-album lama..aku kenal album-album tu...!!!

album kenangan zaman anak-anaknya masih kecil...




kenangan paling indah dalam hidupnya barangkali...



owh...mengapa aku terus terasa sayu. . . .




beezz : bila bahagia akan menjelma kembali. . .

No comments: