ibuprofen

Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal) merupakan isyarat perubatan biasa dengan cirri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan .Peningkatan pada titik set ini mencetus ton otot dan menggigil.

Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bacteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius. Kecuali demam yang tinggi, rawatan biasanya tidak diperlukan, bagaimanapun, ibuprofen adalah berkesan bagi menurunkan suhu badan.

Demam berbeza daripada hiperthermia luar kawal, biasanya dirujuk hanya sebagai hiperthermia, dari segi hiperthermia merupakan peningkatan suhu badan melebihi titik set pengawalansuhu badan, akibat penghasilan suhu melampau/ pengawalan suhu yang tidak mencukupi.

TANDA-TANDA / GEJALA

  1. Badan panas bila disentuh
  2. Pernafasan meningkat
  3. Muka menjadi merah
  4. Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur
  5. Resah gelisah
  6. Tiada selera makan
  7. Menggigil
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL
  1. Biarkan pesakit berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.
  2. Pakaikan pakaian nipis.
  3. Beri minum air yang banyak.
  4. Beri ubat menurut arahan
  5. Mandi berjelum (mandi lap) jika suhu melebihi 380C.
AMARAN
  1. Anak anda mempunyai suhu yang tinggi kerana suhu yang tinggi berpanjangan boleh mengakibatkan sawan.
  2. Demam yang berlarutan melebihi 3 hari, terutama sekiranya terdapat lapuran kes demam denggi, malaria atau sebarang penyakit bawaan nyamuk dikawasan sekitar.

beezz : semalam beli IBUPROFEN kat farmasi.



No comments: